PodcastsGovernmentKeluar Sekejap

Keluar Sekejap

Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
Keluar Sekejap
Latest episode

213 episodes

  • Keluar Sekejap

    EP194 | Rundingan AS-Iran Gagal, Bangun KL, Rafizi Bakal Dipecat?, GSF 2.0: Live Dari Barcelona

    2026/04/14 | 1h 8 mins.
    Episod 194 Keluar Sekejap membincangkan kegagalan AS–Iran mencapai persetujuan dalam isu gencatan senjata, serta implikasinya terhadap kestabilan geopolitik semasa.

    Episod ini turut mengulas inisiatif Bangun KL — tawaran kopi oleh ZUS Coffee pada harga RM5.00 yang dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, sebagai antara langkah intervensi strategik bagi menangani kesesakan trafik yang semakin kritikal di Kuala Lumpur.

    Selain itu, perbincangan turut menyentuh ketegangan antara Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, dan kepimpinan pusat yang semakin memuncak apabila beliau secara terbuka mencabar Lembaga Disiplin parti untuk mengambil tindakan terhadapnya.

    Keluar Sekejap juga berpeluang menemubual Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor secara langsung dari Barcelona, Sepanyol dalam misi Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) — menyentuh perkembangan terkini, peranan Malaysia di peringkat global serta persiapan akhir sebelum armada memulakan pelayaran.

    Timestamp EP194
    00:00 Intro
    2:15 Iran-AS Gagal Capai Persetujuan
    23:22 Bangun KL x Zus
    35:20 Rafizi Diambang Pecat?
    51:00 Lintas Langsung bersama MB Selangor dalam misi GSF 2.0
  • Keluar Sekejap

    EP1 #SembangKS | Drama Raya dan Minyak

    2026/04/08 | 16 mins.
    Rangkuman tema drama hari raya tahun 2026 dan perbincangan mengenai Budi 95.

    ---------------

    Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.

    Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.

    Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗
  • Keluar Sekejap

    EP193 | Impak Perang Iran kepada Malaysia, Nex G & Mr. R, Isu BYD, Pemandu Mabuk

    2026/04/03 | 1h 22 mins.
    Dalam Keluar Sekejap Episod 193, perbincangan tertumpu kepada konflik yang semakin memuncak antara AS–Israel dan Iran, serta implikasi geopolitik dan ekonomi yang mungkin dirasai oleh Malaysia.Turut disentuh ialah kontroversi melibatkan ahli perniagaan Victor Chin, yang mendakwa kewujudan rangkaian “mafia korporat” berkait urusan NexG Bhd, termasuk dakwaan tentang seorang perantara dikenali sebagai “Mr R” yang dikaitkan dengan pembayaran RM9.5 juta.Selain itu, episod ini membincangkan laporan mengenai BYD yang didakwa menilai semula rancangan membuka kilang pemasangan CKD di Tanjong Malim, susulan syarat yang dikatakan dikenakan oleh MITI, walaupun kementerian tersebut telah menafikan dakwaan berkenaan.Episod ini juga menyentuh insiden kemalangan maut akibat pemandu mabuk di Klang, yang meragut nyawa Amirul Hafiz Omar (33), seorang bapa kepada tiga orang anak, dan kembali mencetuskan perbahasan tentang penguatkuasaan serta keselamatan jalan raya.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]
  • Keluar Sekejap

    EP192 | KJ Pulang Ke UMNO, Zamri vs Arun, IJM - Sunway: Tawaran & Nilai Sebenar

    2026/03/18 | 1h 35 mins.
    Episod 192 Keluar Sekejap membincangkan keputusan Khairy Jamaluddin untuk membuat permohonan semula menyertai UMNO selepas seruan “rumah bangsa” oleh Presiden UMNO yang menjemput ahli-ahli yang dipecat dan digantung untuk kembali ke parti tanpa syarat.Keluar Sekejap juga mengulas isu tawaran Sunway Corporation untuk mengambil alih IJM Corporation — adakah nilai sebenar syarikat itu diabaikan dan apakah implikasinya kepada pemegang saham serta landskap korporat negara.Turut dibincangkan ialah isu kes Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy yang kini berdepan pertuduhan di mahkamah, yang mencetuskan persoalan tentang kemungkinan layanan berbeza dalam proses penguatkuasaan apabila Zamri digari ketika dibawa ke mahkamah manakala Arun tidak. Malah, Arun turut diiringi oleh Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, M. Kulasegaran.Episod ini juga menyentuh persoalan lebih besar dalam politik Malaysia — adakah wujud ruang untuk “third force” dalam sistem politik yang selama ini didominasi oleh dua blok besar, dan sejauh mana ia boleh menjadi alternatif kepada pengundi.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]
  • Keluar Sekejap

    EP191 | Kembali Semula?, Zionis Guling Madani, James Chai, Kuil Tanpa Izin, Pijak Quran, Perang Iran

    2026/03/07 | 1h 47 mins.
    Episod 191 Keluar Sekejap membincangkan dakwaan terhadap keluarga Almarhum Tun Daim yang dikaitkan dengan komplot bersama kelompok Zionis dalam usaha menggulingkan kerajaan. Turut dibincangkan ialah tindakan SPRM yang sedang mengesan bekas pegawai kepada Rafizi Ramli, James Chai, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana RM1.1 bilion melibatkan syarikat semikonduktor British, Arm Holdings.Episod ini juga mengulas kenyataan Presiden UMNO yang membuka pintu kepada bekas ahli parti yang pernah dipecat atau digantung keahlian, serta individu yang ingin kembali bersama dalam perjuangan UMNO.Selain itu, KS turut menyentuh beberapa isu sensitif berkaitan 3R yang hangat diperdebatkan kebelakangan ini, termasuk polemik rumah ibadat tanpa kebenaran serta kontroversi insiden pijak al-Quran.Di peringkat antarabangsa, Keluar Sekejap turut meneliti perkembangan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran, serta kemungkinan implikasinya terhadap ekonomi dan kepentingan Malaysia.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]

More Government podcasts

About Keluar Sekejap

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact [email protected]
Podcast website

Listen to Keluar Sekejap, Inside the FBI and many other podcasts from around the world with the radio.net app

Get the free radio.net app

  • Stations and podcasts to bookmark
  • Stream via Wi-Fi or Bluetooth
  • Supports Carplay & Android Auto
  • Many other app features